The Man Behind the Scene

Salam sepit buat penggemar-penggemar lobster semua ..

Memang tak pernah terfikir pon aku selama ni nak meniaga lobster tapi aku just grab jer peluang yang ada. Peluang yang bagi aku memang tak disangka-sangka dapat. Ini pon aku main gamble jer buat sebab tak salah rasanya mencuba, tak cuba tak tahu. Semuanya start sejak aku kecik lagi bila aku sendiri mengidam sangat nak makan lobster. Memang susah nak dapat lobster ni, kat pasar memang tak jual tambah-tambah pulak harga dia memang mahal ! Terus aku pendam rasa jer lah nak makan lobster sampailah ke besar ni.

Dah banyak dah restoran seafood yang aku pergi tapi tak pernah nak ada lobster yang aku nak. Kalau ada pon mmg aku just tengok jer dari luar akurium sebab mmg harga dia tersangatlah mahal. Even dah kerja ni pon still berkira-kira nak beli. Mau kopak aku nak membayarnya ! Ada jugak aku try2 ricky tanya harga kat pemborong seafood tapi dah nama pon pemborong, so nak kena beli dalam kuantiti yang banyak baru boleh dapat.

 

 

Merata sebenarnya aku mencari lobster ni, last2 jumpa jugak aku dengan satu lubuk. Kat lubuk ni ada macam-macam rupa dan jenis lobster. Aku boleh dapatkan sebanyak mana lobster yang aku nak. Kat lubuk ni jugak lah tercapai hajat aku nak makan lobster sejak dari kecik lagi, memang puas ! Tapi aku tak makan sorang sebab aku rasa tak salah nak kongsi rasa lobster ni dengan keluarga dan kawan-kawan. Bila aku share jer lobster ni kat diowang, rata-rata semua cakap itulah pengalaman pertama diowang makan lobster dalam hidup ni ! Rupa-rupanyanya ramai yang mengidam nak makan lobster macam aku. Dah nampak reaksi-reaksi macam tu buatkan aku nekad nak share isi lubuk ni dengan semua orang dan dari situlah bermulanya Lubuk Lobster !

Niat aku satu jer, nak kongsi rezeki lobster ni dengan semua orang especially mereka yang mengidam sebab aku faham macam mana rasanya. Aku nak lobster yang selama ni dianggap makanan mewah boleh dinikmati oleh orang-orang kebanyakan. Aku puas bila dapat deliver semua lobster ni kat rumah-rumah customer and paling best diorang dapat share kegembiraan makan lobster satu family. Nak tambah seronok lagi, customer boleh masak ikut selera air tangan masing-masing. Ada yang suka pedas buat lobster masak lemak cili padi, ada yang suka western style buat lobster cheese, ada yang suka rebus biasa jer dan macam-macam lagik lah. Sambal lobster, kari lobster dan lobster sweet sour pon ada yang masak.

Harap-harap blog ni boleh jadi laman untuk kita semua kongsi citarasa, info dan segala apa pon pasal lobster. Dengan blog ni jugak bolehlah dijadikan tempat untuk aku coretkan pengalaman dan jatuh bangun aku sebagai peniaga lobster. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk puaskan hati dan selera semua pelanggan-pelanggan Lubuk Lobster.

Lubuk Lobster – hasil tangkapan dikongsi bersama !